Thursday, January 23, 2014
Hello guyss..
Dah lame beno tak nulih blog ni..kate nak berubah..hahahaa berubah la sangat..wakaka.. Same jek..dah berbulan kayh..Siap aku dah pegi Langkawi, Bandung n aku dah berenti keje Astro! fuhh lame tu..Anyway, aku dah berenti keje kat astro as a contract worker..

Tapi aku signed contract sebagai freelancer untuk tempoh setahun ni (2014). Ahh..bulan ni la start aku tak keje dah.. ehh tak keje ape, walaupu dok umah je still aku rase busy manjang..tensiii.. Okla, mane nak edit gambo kawen kazen aku.. ahh ni aku cerita nanti, aku tolong jadi photographer wedding dia..haha..So kene la edit gambo2 dia yanga aku amek tu..adela dalam 900 keping..(dushh!!) Pastu nak edit untuk buat custom album lagi...(ongoing). So now sebab aku dah tak keje jadi harusla cari duit kan untuk sara diri buat bayo duit motor ngan yang sewaktu ngan die (macam ptptn, medical card etc)  tak kan sume nak arapka laki I kan..laki I dah setelkan duit rumah n makan siap bagi duit banje lagi..haha..Ok2 dah tersasar jauh..



Erm..oleh kerana nak cari duit lebih maka aku pon mula terfikir nak buat bisnes kecik2 jual kek coklat moist.. Sebab kek ni jela yg aku tau n aku pro sikit..sikit jela..hahahaha..sabo jela..So inilah kek2 comel ku...



hehehe..Omey tak..(weekkss).. pastu minta tolong si Farah jualkan kat opis die..kesian die..thanks farah..aku bagi la Farah komisyen sikit..huu..sikit jela yg aku mampu sebab untung tak banyak pun..huhu..Pastu makin ari ade je order dari kengkawan dan saudara..Dan dan dan..ade satu kawan aku ni minta tolong aku buat kek fondant untuk kakak dia bertunang..erhh..biaq betoi..aku tak penah buat weyh..tapi die minta tolong cakap tolong la buatkan..dia bajet dalam rm100..hmm..aku cakap tengokla nanti aku konpem kan balik..

Hehh..now aku tengah usha2 cara nak buat fondant tu la..gigil2 badan..huuu..camne ni..aku ade pena nampak fondant ready made kat kedai baking..tah bole gune ke tak camtu..nanti aku update balik la kat korang..punye la rase macam nak exam..fuhh fuhh..baru bace teori dah pening2 lalat..belum buat praktikal lagi..hahahhaa..

Kek terbaik boleh dibuat dengan mengikuti tip-tip berikut.

10 Tip Membuat Kek Terbaik
  • Kaji resipi. Lihat senarai bahan-bahan dan alat yang diperlukan terlebih dan pastikan anda mempunyai semua peralatan dan bahan sebelum mula membuat kek.
  • Pastikan anda tidak diganggu ketika membuat kek.
  • Gunakan hanya bahan-bahan terbaik dan berkualiti untuk kek anda. Kek mesti sedap dimakan sesedap mata memandang.
  • Mulakan dengan permukaan yang bersih. Sedikit kekotoran yang melekat pada icing yang putih akan mencacatkan kek anda.
  • Susun semua peralatan yang perlu digunakan dalam sebuah dulang kecil berhampiran anda seperti seorang doktor yang ingin melakukan pembedahan di hospital.
  • Ikut resepi langkah demi langkah. Jangan cuba mengubah resepi sesuka hati. Baking adalah sains.
  • Pastikan anda biarkan royal icing dan lukisan (painted details) pada kek kering sepenuhnya sebelum menambah sentuhan terakhir seperti kilauan mutiara, atau tambahan cat emas atau perak.
  • Jika anda melakukan rekaan aising yang rumit yang boleh memakan masa beberapa hari untuk siap, gunakan kek buah-buahan kerana kek span akan rosak selepas sehari.
  • Apabila anda membuat kek perkahwinan atau kek bertingkat untuk majiis khas, anda boleh letakan jenis kek yang berlainan pada setiap tingkat untuk memberikan pilihan kepada tetamu yang datang. Anda boleh gunakan kek coklat, kek lemon atau kek carrot dan bukannya hanya menggunakan kek buah-buahan sahaja untuk setiap tingkat. Ia mungkin lebih menarik dengan cara ini.
  • Jangan berputus asa jika kek tidak menjadi pada percubaan pertama. Teruskan cubaan anda, praktis dan pengalaman adalah rahsia untuk kejayaan. Sudah tentu ia membantu jika anda secara semula jadi berseni.
  • Amalkan 10 tip membuat kek ini dan diharap anda akan dapat membuat kek idaman anda menjadi sedap dan kek terbaik.

2 comments:

  1. nice tip ... kek coklat tu nampak sedap ... untuk beginner boleh usha resepi mudah sukatan cawan di blog http://buatwanita.blogspot.com/ ;)

    ReplyDelete

About Me

My photo
Assalammualaikum dear readers..U can call me either Hime,Dee or Diana..I'm working as camera assistant at Astro..hobi makan, berjalan n blogwaking and sekarang dah terbuka minda nak buat blog sendiri..do support me kayh!^_^anyway, I'm taken by Miki =)

Muka Buku ku^_^

Powered by Blogger.

Geng Pecah Tanah

Search